Thursday, April 8, 2010

konduktor bas

Bagaimana aku nak memulakan cerita..?? cerita pendek yang mungkin tak kan memberi kesan pada sesetengah orang..tapi aku memandang pada sudut yang berbeza.

Bagi aku.. aku melihat seluruh kehidupan ada dalam sebuah bas. Bagi orang yang selalu menggunakan khidmat bas ni macam2 perkara akan jumpa. Aku bersyukur, pengalaman dan keadaan sekeliling adalah guru yang terbaik.


Di saat2 kita hilang arah atau menca
ri-cari sesuatu, kita selalu mengharapkan pentunjuk.

"Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir (lokek). Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh-kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan ia amat kikir. Kecuali orang yang mengerjakan solat yang me
reka itu tetap mengerjakan solatnya." Surah Al-Maaroj: 19-20.

Kehidupan satu percaturan.. sama juga seperti percaturan hari ni untuk aku. (bas petang nanti penuh atau tidak? aku dapat duduk atau tidak?)
bersyukur lah untuk semuanya!! bersyukur aku masih ada daya untuk berdiri dalam kesesakan itu. Bersyukur aku masih dapat menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan..

Izinkan aku untuk berkongsi sedikit cerita.. Suatu petang ketika pul
ang dari kerja.. Dalam bas.

Dalam kepenatan, alhamdulillah aku dapat juga duduk hari itu.. rezeki aku agaknya.. dapat duduk depan sekali, betol2 depan pintu bas. seorang konduktor bas, perempuan..melayu..berkulit sawo matang, dalam pertengah 30an agaknyer.. rambut ikal mayang, sangat cantik dan panjang.. diikat satu. aku yakin dia pasti lebih penat dari aku.. tapi.. dia betul2 menarik perhatian aku.. wajahnya yang selalu tersenyum. menyapa setiap orang yang menaiki basnya.


sekadar hiasan (sumber:google)

Sepanjang perjalanan itu..dia sentiasa berkata positive. tidak satu pun yang aku dengar negative. Dengan ramah dia menyapa setiap orang dengan kata2 yang baik dan pujian. Ada satu ketika aku lihat, dia memuji seorang makcik. India. Memuji-muji selendangnya cantik. Walaupun aku lihat selendangnya seperti lusuh.. Aku gembira, melihat senyuman diwajahnya. Hilang segala penatnya. Aku juga tersenyum..terasa keikhlasan pada konduktor bas itu.

Konduktor itu seperti bersyukur pada segala-galanya.. seperti semuanya baik pada dia. Bila melalui templer.. dia memuji keindahan alam disitu.. kebetulan petang tu hujan.. kelihatan kabus tebal dari kejauhan. Indah. Terdengar sedikit keluhan, katanya.. tak lama lagi kita tak akan dapat melihat keindahan itu.. pokok2 yang merimbun, bukit2 akan diratakan untuk membangunkan projek membina lebuh raya. Aku juga terasa sedikit kesal dengan keadaan itu. Tapi itu juga kehidupan.

Pengajaran yang aku dapat petang tu, tidak kira siapa pun kita, apa pun pekerjaan kita.. berbuat baik lah sesama kita. Hargailah apa yang kita ada, bersangka baik pada semua dan hiduplah dengan gembira..
( selalu lah positive )


p/s: sila abaikan ayat dramatik diatas! mood super dupper baik ni, baru balik training positive attitude. hehehe. caiyok2.. goooooo happy!!

0 comments: